Green Clean Travel Landscape Banner


Fulltime Muslim Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2014. Slogan syarikat adalah "Islamic Life Wear"

Visi Fulltime Muslim adalah untuk menjadi jenama baju yang terkemuka di Malaysia dengan menyediakan pakaian yang berasaskan 'Islamic' untuk muslimin dan juga muslimah. 

Pelbagai jenis pakaian yang disediakan oleh Fulltime Muslim seperti tshirt, sweater, dan juga jersey. Walaubagaimanapun, fokus Fulltime Muslim adalah untuk menjadikan pakaian dari Fulltime Muslim menjadi pilihan utama orang muslim untuk menjadi pakaian harian untuk sebarang aktiviti.

 Matlamat ini adalah amat penting buat Fulltime Muslim kerana kami ingin beri satu solusi kepada semua rakyat beragama Islam iaitu Fulltime Muslim dapat memberi keselesaan dan mempunyai pelbagai jenis koleksi yang boleh di pilih sesuai dengan aktiviti harian dan boleh dilakukan dengan mudah berlandaskan syariat-syariat Islam.

Selain daripada penjualan di atas talian, kami juga aktif melakukan aktiviti jualan di tapak-tapak perniagaan 'Event' dan 'Roadshow'. Tujuan aktiviti seperti ini adalah untuk mempromosikan Fulltime Muslim di seluruh Malaysia kepada sasaran pelanggan yang sesuai.

Kami juga menyediakan servis 'Custom Made' untuk baju tshirt dan juga jersey dengan menggunakan pelbagai jenis printing. Tambahan pula, servis design juga disediakan bagi memudahkan pelanggan untuk membuat baju.

Kami bermohon agar tuan/puan yang membaca tentang Fulltime Muslim dapat menyokong sepenuhnya untuk syarikat ini maju ke depan dengan izin Allah SWT.