Negara ini juga terkenal dengan bumi anbiya’. Ramai nabi-nabi dilahirkan di Jordan dan sejarah nabi-nabi itu ada diceritakan di dalam al-Quran.Antaranya Nabi Yusha’ bin Nun, Nabi Syuaib, Nabi Ayub, Nabi Nuh, dan Nabi Luth.
Inilah bumi yang menyaksikan pertembungan yang besar di antara Islam dan kuasa besar Rom di Mu'tah ( معركة مؤتة , غزوة مؤتة) di akhir kehidupan Rasulullah saw apabila seramai 3,000 tentera Islam telah berhadapan dengan lebih 150,000 tentera Rom Byzantine.
Selain daripada menjadi tempat Umar al Khattab untuk bermalam sebelum beliau menerima kunci bagi membuka kota Baitul Maqdis pada tahun ke 15 H/641M, bumi ini juga telah menyaksikan berulangnya sejarah kegemilangan Islam apabila generasi Solahuddin berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang sebenarnya merupakan batalion tentera terkuat di dunia pada ketika itu (gabungan tentera daripada 22 negara-negara Eropah).
Roman telah mentadbir Jordan selama beratus-ratus tahun sehinggalah diambil alih oleh Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinopel dan bertanggungjawab menyebarkan Kristian di sini selama 400 tahun . Pada kurun ke-7 M , tentera Islam telah keluar dari tanah Arab dan menguasai Roman dan menjadikan Jordan sebagai tanah Islam sehinggalah sekarang .
Pada 1916 , Raja Hussein telah melancarkan Pemberontakan Arab menentang kerajaan Othmaniyyah dan pada 1925 sebuah Emirate TransJordan telah diasaskan dengan Raja Abdullah ( datuk kepada Raja Hussein ) sebagai pemerintah. Jordan bebas sepenuhnya dari cengkaman Great Britain pada tahun 1946.